Micro market menggunakan kucing dan troli sebagai simbolik dan warna asas kuning dan hitam. Simbol kucing digunakan kerana kucing merupakan binatang yang disukai dalam kehidupan masyarakat. Simbol troli digunakan kerana barangan yang akan dibeli oleh pengguna dalam kuantiti yang sedikit tetapi menjimatkan tanpa memerlukan troli yang besar untuk membeli barangan dalam kuantiti yang banyak. Warna kuning dipilih kerana memberi keceriaan kepada produk dan menarik perhatian pengguna.
Slogan “dekat lagi jimat” iaitu bermaksud para pengguna digalakkan mendaftar menjadi agen, pemilik stor atau “shopper” kemudian akan menarik pengguna yang lain untuk mendaftar menjadi ahli micro market. Apabila sesuatu kawasan perumahan penduduk mempunyai beberapa orang pemilik stor atau agen, hal ini akan memudahkan jiran-jiran berdekatan membeli barangan runcit dan secara tidak langsung akan menjimatkan kos pengangkutan pengguna.